INSAN EMAS NUR HIDAYAH
![]() |
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN... |
Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah (IENH) secara rasmi telah didaftarkan dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) pada 08hb Ogos 2018 dengan bernombor Pendaftaran JM0877388-V.
Tujuan
penubuhan pusat jagaan ini adalah sebagai platform menjaga kebajikan dan
kesejahteraan khususnya insan emas yang tiada penjaga atau waris yang tidak
berkesempatan menjaga insan emas di atas sebab kekangan masa atau sebab-sebab
lain.
Namun
begitu, pusat jagaan ini bukan platform melepaskan tanggungjawab oleh penjaga
atau waris. Pusat jagaan ini juga bukan platform pemisah antara insan emas
dengan waris. Sebaliknya, Pusat
Jagaan Insan Emas Nur Hidayah (IENH) sangat positif
memandang ke hadapan serta optimis dalam menjadi medium keharmonian dan penyatuan antara insan emas dan waris dalam
pelbagai bentuk.
Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah (IENH) beroperasi di atas tanah dan bangunan yang
diwakafkan milik tuan tanah yang dermawan, yang berhasrat melaksanakan pusat
berbentuk kebajikan. Justeru itu, dalam memastikan hasrat pewakaf berpanjangan,
pihak pengurusan Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah (IENH) sentiasa
mencari ruang-ruang penambahbaikan bagi keselesaan warga penghuni pusat jagaan
agar Pusat
Jagaan Insan Emas Nur Hidayah (IENH) sentiasa
menjadi pilihan di hati semua pihak menanam kebaikan.
Comments
Post a Comment