SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN... Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah ( IENH) secara rasmi telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 08hb Ogos 2018 dengan bernombor Pendaftaran JM0877388-V. Tujuan penubuhan pusat jagaan ini adalah sebagai platform menjaga kebajikan dan kesejahteraan khususnya insan emas yang tiada penjaga atau waris yang tidak berkesempatan menjaga insan emas di atas sebab kekangan masa atau sebab-sebab lain. Namun begitu, pusat jagaan ini bukan platform melepaskan tanggungjawab oleh penjaga atau waris. Pusat jagaan ini juga bukan platform pemisah antara insan emas dengan waris. Sebaliknya, Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah ( IENH) sangat positif memandang ke hadapan serta optimis dalam menjadi medium keharmonian dan penyatuan antara insan emas dan waris dalam pelbagai bentuk. Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah (IENH) beroperasi di atas tanah dan bangunan yang diwakafkan milik tuan tanah yang dermawan, yang berhasrat m...
Comments
Post a Comment